Friday, April 30, 2010

SI DIA + SI TUA= AKU dalam Dilema...



Sesungguhnya AKU dalam dilema, pelbagai cerita yg membisik telingaku....mana satu yang betul? Siapakah yang betul? Siapakah yang salah? Dan kepada siapakan harus aku percaya??? Terlalu banyak persoalan yang bermain dalam fikiranku....AKU binggung, AKU tidak pasti sama ada adakah betul SI DIA yang bercerita ataupun SI TUA yang mengarang cerita supaya timbul persengketaan antara AKU dan SI DIA tetapi yang pasti cerita itu membuatkan AKU benar-benar marah dan sedih sehiggakan aku mengeluarkan kata- kata kesat kepada SI DIA di dalam post ku di dalam facebook...terdetik di dalam hatiku akan mengapa semua ini terjadi...adakah AKU begitu naif untuk dipermainkan oleh SI TUA...atau adakah AKU terlalu mempercayai seseorang insan yang bernama kawan....AKU benar- benar binggung.....AKU tak ingin semua ini terjadi.... AKU tahu SI DIA mungkin bersedih dan bukan niatku untuk membuat sesiapa bersedih....perkara yang berlaku di luar capaian ku....mungkin SI DIA memikirkan AKU lah yang menjaja cerita yang berlaku di sana sini...Sedangkan AKU tidak bercerita kepada sesiapa pun tentang SI DIA yang membuatkan AKU menderita kecuali kepada seseorang yg benar- benar AKU percaya....tetapi ramai yang bersorak cerita tentang SI DIA, AKU hairan....adakah ini salah AKU?? Mengapa ada di antara kita yang harus menderita sedangkan SI TUA bergembira bagaikan maharaja....AKU binggung....

Sesungguhnya AKU buntu akan apa yang perlu AKU lakukan.....Sejujurnya AKU ingin bertanyakan kepada SI DIA akan kebenaran situasi yang melanda diriku tetapi AKU dihalang oleh SI TUA dengan pelbagai dakyah dan ugutan gila, AKU tidak mempunyai pilihan melainkan berdiam diri dan berpura- pura seolah- olah tiada apa yang pernah berlaku....dan itu juga adalah pesanan SI TUA gila....Jika benar bagaikan dikata bahawa SI DIA tidak bersalah mengapa SI DIA tidak datang berjumpa dengan ku...bersemuka menyelesaikan segala sengketa untuk mengelakkan diri AKU dan SI DIA terus terluka dan dilukai dalam permainan SI TUA?....tidakkah SI DIA tahu bahawa sesungguhnya AKU cukup menderita dengan karenah SI TUA selama ini?....ditambah dengan cerita SI TUA mengatakan SI DIA mencerita itu dan ini tentang AKU membuatkan SI TUA menekan diriku dengan pelbagai kata yang mengguris dan merobek jiwaku...adakah SI DIA sedar akan situasi ini?? Syukur kepada Tuhan yang Maha Esa memberikan seorang kawan kepada ku yang sanggup membela AKU dihadapan SI TUA walaupun SI TUA tidak berhenti- henti menyalahkan AKU dan mencari kesalahan ku....lupakah SI TUA akan pertolongan yang AKU berikan kepadanya selama ini??....masih tidak cukupkah apa yang AKU lakukan untuk SI TUA selama ini??...dan adakah SI TUA itu terlalu bodoh untuk menyedarinya....atau mungkin juga semua ini adalah mainan wayang SI TUA supaya semua orang membenci SI DIA....atau memang benar SI DIA yang menyampaikan cerita seperti kata SI TUA??? Aku binggung...

Aku memerlukan kepastian dan kebenaran daripada SI DIA tentang situasi yang berlaku tetapi bagaimana kerana aku sentiasa diperhatikan oleh SI TUA?? walau apa pun yang dikata oleh sesiapa kepada sesiapa, hanya masa yang akan membuktikan semua keraguan kerana yang kepalsuan tetap palsu dan yang benar akan menyinar dan jika AKU bersalah dalam hal ini sesungguhnya AKU memohon maaf....AKU berdoa kepada Yang Esa supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang paling baik kerana kesudahan yang baik bermula daripada permulaan yang baik....

3 comments:

  1. aku tak pernah anggap kau sebagai rakan...lebih dari itu...aku ingatkan kau saudaraku,walaupun berlainan dari kebanyakan hal...tapi bila aku disoal tentang kredibiliti aku, aku terpaksa bercakap yang benar sahaja.TETAPI aku tidak berniat untuk membusukkan nama kau DAN tidak pernah aku bermimpi untuk menikam rakanku dari belakang...aku berada dalam situasi yang tidak dapat memberitahu kebenaran aku kepada kau.sekiranya cara aku salah aku memohon maaf dan sekiranya aku menyakiti hatimu dengan sengaja dan tidak sengaja aku memohon ampun. aku akan dihukum diakhirat sekiranya niat aku tidak baik...sebenarnya aku tidak faham apa yang berlaku disekelilingku sekarang.aku tidak mahu mempersalahkan sesiapa.apa-apapun masa akan mengubah segala-galanya...

    ReplyDelete
  2. hurm...hope so semua ok mus...aku doakan yg terbaik atas segala masalah yg menimpa dirimu~~~my friend...

    ReplyDelete
  3. BeSa la muS..iTula resaM dUnia..
    kDg2 BndA yg XpaSti pun Bila rMai yg MnjaJa,Ceta XbtOl leY diANgaP btOl,KaWan Bek Ley Jd MusuH sAmPaI ke Tua...dUniA sKrg,Krana pRemPuan Laki Ley IlaNG peDomAN,KraNa PaNGkaT@nAMa aDa yg SanggUp tIkaM bLkaNG,TikAm Atas,Bawah.....

    JgAn BimbNg,1 Msa Nnti,KebaTilan Akan TEserLah juA,KeBEnaRAn Akan TimbuL..BiArKan MereKa KetaWA..AkU pun PenAh rAsa SMua itu..Redha jEla..bIarKan..BerSaboLaa...XmaTi puN aNg KaLu DePa xDA :)

    ReplyDelete